Saturday, 31 August 2013
Efffect of air pollution
Marine pollution occurs when harmful, or potentially harmful, effects result from the entry into the ocean of chemicals, particles, industrial, agricultural and residential waste, noise, or the spread of invasive organisms. Most sources of marine pollution are land based. The pollution often comes from nonpoint sources such as agricultural runoff and wind blown debris and dust. Nutrient pollution, a form of water pollution, refers to contamination by excessive inputs of nutrients. It is a primary cause of eutrophication of surface waters, in which excess nutrients, usually nitrogen or phosphorus, stimulate algal growth.
Many potentially toxic chemicals adhere to tiny particles which are then taken up by plankton and benthos animals, most of which are either deposit or filter feeders. In this way, the toxins are concentrated upward within ocean food chains. Many particles combine chemically in a manner highly depletive of oxygen, causing estuaries to become anoxic.
When pesticides are incorporated into the marine ecosystem, they quickly become absorbed into marine food webs. Once in the food webs, these pesticides can cause mutations, as well as diseases, which can be harmful to humans as well as the entire food web.
Toxic metals can also be introduced into marine food webs. These can cause a change to tissue matter, biochemistry, behaviour, reproduction, and suppress growth in marine life. Also, many animal feeds have a high fish meal or fish hydrolysate content. In this way, marine toxins can be transferred to land animals, and appear later in meat and dairy products.
Agricultural runoff = can carry sediments such as pesticides to open water source
Algal growth may cause the underwater living things to function abnormally due to lack of sunlight
Waste products disposed into the sea causing harms to living creatures
Many potentially toxic chemicals adhere to tiny particles which are then taken up by plankton and benthos animals, most of which are either deposit or filter feeders. In this way, the toxins are concentrated upward within ocean food chains. Many particles combine chemically in a manner highly depletive of oxygen, causing estuaries to become anoxic.
When pesticides are incorporated into the marine ecosystem, they quickly become absorbed into marine food webs. Once in the food webs, these pesticides can cause mutations, as well as diseases, which can be harmful to humans as well as the entire food web.
Toxic metals can also be introduced into marine food webs. These can cause a change to tissue matter, biochemistry, behaviour, reproduction, and suppress growth in marine life. Also, many animal feeds have a high fish meal or fish hydrolysate content. In this way, marine toxins can be transferred to land animals, and appear later in meat and dairy products.
Agricultural runoff = can carry sediments such as pesticides to open water source
Algal growth may cause the underwater living things to function abnormally due to lack of sunlight
Waste products disposed into the sea causing harms to living creatures
PUISI MENGENAI ALAM
Puisi Alam
Lihatlah hutan kita ini
Sedikit habis oleh orang-orang
Yang tidak memikirkan masa depan
Dia mementingkan pribadi tanpa peduli
Lewat puisi alam imi aku bertanya
Lewat curahan kata aku bicara
Indahnya tanahku di atas negeri
Ribuan pulau menyapa senyum bijaksana
Indonesia tercinta tetumbuhan menghijau
Aku lahir di sini
Di tempat surgawi
Tanahku subur penjajah suka buahku
Mereka berkelana dari kejauhan
Mereka datang berbondong
Akhirnya mereka pergi dengan semangat alam
Penjajah pergi, penjajah lenyap
Sekarang diri menjarah diri
Hutan kita habis berkeping
Sisa akar-akar yang suram
Satukan jemari, beri yang lain pencerahan
Cukup tanam satu tunas sehati
Atau lindungi yang sudah merambah
Tanpa kau ketahui kau melestarikan
Janin di masa mendatang
Sengaja gambar ini terpampang
Sengaja gambar ini tersimpan
Agar kita mengerti takkan ada lagi yang asri
Kalau kita tak peduli
Thursday, 22 August 2013
pencemaran udara
DEFINISI
Menurut Wark dan Warner(1901)pencemaran udara sebagai kehadiran satu atau lebih bahan pencemar atau gabungannya didalam atmosfera dalam kuantiti tertentu pada suatu jangka waktu yang boleh menyebabkan darurat kepada kehidupan manusia,haiwan atau menganggu suasana kehidupan.
Menurut Wikipedia Bahasa melayu,pencemaran udara ialah pelepasan bahan kimia berbahaya ke dalam atmosfera.
JENIS BAHAN PENCEMAR
Sulfur dioksida,karbon monoksida,nitrogen dioksida dan ozon,allergen dan plumbum dan logam-logam lain.
JENIS PENCEMARAN UDARA
Pencemaran udara primerSatu penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat daripada proses pembakaran yang tidak lengkap.Proses ini menyebabkan zarah-zarah yang halus akan terampai-ampai di udara dan member kesan negative kepada kesihatan manusia.Kebiasaan pencemaran ini dibebaskan melalui ekzos kenderaan,kawasan industry dan penggunaan dapur arang atau kayu.
Pencemaran udara sekunder
Satu tindakbalas sulfur dioksida yang bergabung dan terus membentuk bersama gas-gas yang tidak diperlukan oleh benda hidup.Sulfur dioksida memerlukan gas seperti karbon monoksida dan sulfur monoksida untuk membentuk gas-gas lain.Contohnya gabungan sulfur dioksida,sulfur monoksida dan wap air akan menghasilkan asid sulfuric.Tindakbalas antara pencemar primer dengan gas terampai di atmosfera akan menghasilkan peroksid asetil nirat (PAN).
PUNCA PENCEMARAN UDARA
Pencemaran
udara boleh berpunca daripada pelepasan asap kenderaan,penghasilan bahan
pencemaran oleh kilang asbestos,simen atau bateri kereta.Selain
itu,pembakaran di tempat pelupusan,pembakaran terbuka di Bandar dan
pembakaran hutan yang berleluasa juga boleh menyebabkan pencemaran udara
berlaku.Bahan-bahan seperti sampah sarap,sisa makanan dan sebagainya
juga dapat mendorong berlakunya pencemaran udara melalui
aktiviti-aktiviti manusia seperti pembakaran sampah.Ada sesetengah
masyarakat yang masih menggunakan kaedah memasak cara lama iaitu
penggunaan arang atau kayu untuk memasak juga mendorong berlaku
pencemaran tersebut.Pencemaran tersebut juga boleh berpunca dari
sumber-sumber semulajadi seperti gunung berapi,pembakaran sisa-sisa kayu
atau jerami-jerami padi secara berleluasa.Namun demikian,bahan pencemar
udara juga boleh terhasil menerusi kegiatan di kawasan pendalaman
seperti penyemburan racun makhluk perosak,perlombongan yang menghasilkan
habuk atau amalan pertanian seperti pendebungaan dan penyemburan baja
secara penyerakan habuk atau debu akibat tiupan angina,letusan gunung
berapi,tiupan wap air oleh ombak dan sebagainya.
KESAN PENCEMARAN UDARA
KESIHATAN MANUSIA
Kesan utama kepada kesihatan manusia adalah system pernafasan.Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni system pengangkutan oksigen dalam darah akan melambatkan tindakbalas manusia sehingga menyebabkan mengantuk,penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru.Bahan tercemar seperti nitrogen oksida akan menyebabkan edema dan pendarahan pulmonary.Contoh bahan tersebut ialah gas ozon,ia boleh menimbulkan inflamasi pada paru-paru.Manakala habuk,asap,kabus,wap ataubahan-bahan lain juga akan menjejaskan mata dan penglihatan manusia.Hasil kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO)menyatakan sebanyak tiga juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara.Ini menunjukkan,ia adalah tiga kali lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan kemalangan kenderaan di jalan raya.
TUMBUHAN
Selain itu,kesan kepada
tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan seperti nerosis iaitu
keguguran daun,klorosis iaitu pertukaran warna dan pertumbuhan
terbantut.kesan ini akan menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan
ekonomi sebahagian penduduk juga akan mengalami masalah.
HAIWAN
Manakala kesan pada haiwan
ialah,haiwan tersebut akan terancam atau mati akibat dari pencemaran
udara.Hal ini terjadi disebabkan dari udara yang memasuki ke dalam
paru-paru haiwan melalui pemakanan haiwan tersebut dari sumber tumbuhan
yang tercemar akibat daripada pencemaran udara.
BAHAN
Kesan kepada bahan juga adalah
kerosakan yang berlaku akibat daripada pencemaran udara seperti
kekotoran pada pakaian,pencemaran pada permukaan dinding bangunan dan
sebagainya.Hal ini disebabkan akibat daripada pengenapan asap atau zarah
halus.Selain itu,hakisan logam juga merupakan kesan daripada pencemaran
udara akibat kehadiran sulfur dioksida didalam udara.
PENYUSUTAN LAPISAN OZON
Pencemaran
udara akan menyebabkan berlaku pemanasan global akibat penyusutan
lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya
matahari.Pendedahan terus oleh cahaya matahari boleh menyebabkan
penyakit kansere kulit.Selain itu,pancaran matahari yang terik juga
boleh menyebabkan berlakunya pencairan ais yang terletak di bahagian
kutub bumi sehihgga menyebabkan berlaku ketidakseimbangan ekosistem di
dunia pada masa kini.
HUJAN ASID
Pencemaran udara juga boleh
menyebabkan berlakunya Hujan asid.Hal ini disebabkan oleh penggabungan
gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan dan kemudiannya
menjadi asid sulfuric dan asid nitric.Asid tersebut akan terkumpul di
dalam awan kemudiannya bergerak ke tempat-tempat lain.Asid tersebut akan
turun bersama-sama dengan hujan dan terus menimpa pada permukaan
hidupan yang terdapat di dunia.Akibat daripada itu,ia akan membunuh
tumbuhan dan juga hidupan air.Selain itu,ia boleh menghakis
pakaian,kertas dan bahan binaan bangunan.Air hujan tersebut juga akan
meresap ke dalam tanah sehingga menyebabkan kaliti tanah berkurangan dan
menjadikan tanah tersebut tidak subur dan megalami kerosakan struktur
tanah.
KESAN RUMAH HIJAU DAN PEMANASAN GLOBAL
Kesan
yang paling ketara yang sedang hangat dibincangkan oleh masyarakat
ialah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah
hijau.Pemanasan global berpunca daripada kenaikan suhu bumi dan
penipisan lapisan ozon yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia.Kenaikan
suhu bumi ini disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida dan
terkumpul di dalam udara.Gas karbon dioksida yang terlalu banyak
menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat
dan persekitarannya menjadi panas.Kesan ini akan menyebabkan,permukaan
bumi menjadi panas,ekosistem terganggu,banjir aksn berlaku secara kerap
dan kejadian alam yang tidak normal akan berlaku
ATMOSFERA
Pencemaran udara juga dapat
member kesan terhadap atmosfera.Hal ini menyebabkan jarak penglihatan
manusia terjejas yang disebabkan oleh jerebu.Keadaan persekitaran yang
berjerebu akan menyebabkan kemalangan mudah berlaku
Wednesday, 21 August 2013
Apa itu Bencana Alam ??
Namun demikian pada daerah yang memiliki tingkat bahaya tinggi (hazard) serta memiliki kerentanan/kerawanan (vulnerability) yang juga tinggi tidak akan memberi dampak yang hebat/luas jika manusia yang berada disana memiliki ketahanan terhadap bencana (disaster resilience). Konsep ketahanan bencana merupakan valuasi kemampuan sistem dan infrastruktur-infrastruktur untuk mendeteksi, mencegah & menangani tantangan-tantangan serius yang hadir. Dengan demikian meskipun daerah tersebut rawan bencana dengan jumlah penduduk yang besar jika diimbangi dengan ketetahanan terhadap bencana yang cukup.
Langkah-langkah untuk Menjaga Alam Sekitar
Alam
sekitar adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia, tidak
mengira bangsa, agama dan negara. Alam sekitar ini termasuklah
kawasan-kawasan tumbuhan hijau, udara dan air seperti sungai dan laut.
Alam sekitar masa kini semakin tercemar kerana terdapat pihak-pihak yang
tidak bertanggungjawab telah melakukan pencemaran seperti pembuangan
sampah di sungai-sungai, penggunaan baja-baja kimia dan pelbagai lagi.
Alam sekitar seharusnya dijaga kerana alam sekitar bukan hanya digunakan
pada masa sekarang tetapi akan digunakan sehingga beratus-ratus tahun
lagi. Oleh iu, untuk mengembalikan kesegaran alam sekitar beberapa
langkah menjaga alam sekitar perlulah diambil.
Langkah-langkah
yang boleh diambil adalah melalui pendedahan media massa. Media massa
ini termasuklah televisyen, radio, telefon bimbit, komputer dan surat khabar
. Pada hari ini, media massa memainkan peranan penting dalam membentuk
cara pemikiran semua pengguna. Media massa kini perlulah lebih banyak
memberi maklumat tentang isu-isu pencemaran alam sekitar, terutamanya
dalam siaran-siaran di televisyen. Hal ini kerana televisyen adalah satu
media elektronik yang hampir dimiliki oleh setiap keluarga atau
individu di setiap pelusuk dunia. Hal ini sedemikian kerana setiap
manusia atau individu perlu mengetahui tentang keadaan alam sekitar yang
semakin tercemar dan perkara yang sepatutnya dilakukan oleh mereka
untuk menjaga alam sekitar. Surat khabar dan majalah pula adalah media
yang banyak mendedahkan tentang isu pencemaran alam sekitar. Pihak-pihak
berwajib sepatutnya perlu mendedahkan isu-isu pencemaran ini dengan
lebih luas di jaringan-jaringan internet kerana masyarakat kini lebih
banyak menggunakan media tersebut berbanding media-media lain.
Selain
itu, langkah untuk menjaga alam sekitar ialah melalui kempen alam
sekitar. Antara kempen-kempen yang boleh dilakukan ialah kempen
cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan
sebagainya.Dalam kempen-kempen ini masyarakat akan didedahkan tentang
pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menjaga alam sekitar
seperti menguruskan sisa pembuangan supaya kurang memberi pencemaran
kepada alam sekitar. Kempen kitar semula pula dapat menggalakkan
pengguna supaya mengitar semula bahan-bahan yang boleh dikitar semula.
Dengan itu, masyarakat akan dapat berjimat-cermat dan dapat megurangkan
pencemaran alam sekitar. Dalam kempen alam sekitar ini juga,
aktiviti-aktiviti seperti penanaman pokok-pokok bunga dan membersihkan
kawasan-kawasan yang kotor boleh dijalankan. Penanaman pokok bunga bukan
sahaja dapat mencantikkan alam sekitar tetapi dapat mengembalikan
semula kehijauan sesuatu tempat serta dapat membuktikan betapa
pentingnya hidupan hijau di bumi ini.
Langkah
ketiga bagi mengatasi pencemaran alam sekitar pula ialah melalui
organisasi-organisasi seperti sekolah, balai rakyat, kelab remaja dan
juga syarikat-syarikat tertentu. Pendidikan alam sekitar mula
diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah dalam pelajaran Alam
dan Manusia. Pada peringkat menengah khususnya dalam pelajaran sains
seperti Biologi dan di peringkat pengajian tinggi melalui kursus Sains
Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran. Guru-guru sekolah haruslah
bersikap prihatin terhadap alam sekitar dan bersifat cintakan alam
sekitar. Hal ini penting supaya setiap guru dapat menanamkan perasaan
cinta alam sekitar kepada pelajar-pelajar melalui pendidikan moral di
sekolah. Pertandingan kelas terbersih di antara kelas juga perlu
dijalankan agar perasaan tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam diri
pelajar dapat disemai. Di peringkat tinggi, pelajar didedahkan dengan
proses kitaran alam sekitar dan cara alam sekitar berinteraksi dan
hubungannya dengan hidupan lain di bumi ini. Dengan itu, sikap sayangkan
alam sekitar akan dapat dipupuk dalam diri pelajar .
Langkah
seterusnya ialah melalui penggunaan teknologi moden. Penggunaan
teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat
penting. Penggunaan teknologi moden dapat mengawal dan mengurangkan
pencemaran dengan lebih cepat dan efektif. Dengan adanya teknologi
moden, tumpahan minyak di lautan adalah lebih mudah dibersihkan tanpa
meninggalkan sisa tumpahan minyak. Selain itu, dengan menggunakan
teknologi moden kita dapat menjalankan aktiviti kitar semula bahan-bahan
buangan dan sisa-sisa pepejal seperti surat khabar, majalah lama, kain
dan bahan-bahan plastik. Hal ini sudah tentu akan dapat mengurangkan
pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak
sempurna. Penggunaan teknologi moden seperti penapis udara yang dipasang
pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian
telah dapat mengurangkan kadar gas karbon monoksida yang dilepaskan. Hal
ini akan dapat mengurangkan kadar pencemaran udara di sekeliling.
Berita Utama
Muar, Ledang darurat
Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak, semalam mengisytiharkan darurat bencana jerebu bagi seluruh
daerah Muar dan Ledang di Johor hingga ditarik balik.
Beliau berkata, ia susulan keadaan jerebu yang semakin teruk
khususnya di Muar meliputi dua daerah yang berada pada tahap Indeks
Pencemaran Udara (IPU) melebihi 500 iaitu pada tahap kecemasan atau
‘emergency’.“Bagaimanapun, semua kementerian dan agensi terbabit dalam pengurusan jerebu hendaklah mengatur dan mengambil langkah perlu bagi menjamin keselamatan dan kesihatan awam sentiasa terpelihara,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
KEADAAN di Muar pada waktu pagi, semalam.
IPU di Muar, kawasan yang diisytihar darurat pagi semalam menunjukkan penurunan dengan bacaan 507 mata setakat jam 5 petang semalam berbanding bacaan 746 mata yang direkodkan pada jam 7 pagi
cara memelihara alam semulajadi
NGO perlu pelihara alam semula jadi
Oleh KU MOHD. RIZDUAN KU ABDUL RAHMAN
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 13 Dis. - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat
korporat di negara ini digesa memainkan peranan lebih penting dalam
menangani isu-isu alam sekitar yang dihadapi dunia ketika ini.pengarang@utusan.com.my
Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Tan Sri Dr. Salleh Mohd. Nor berkata, usaha tersebut bukan sekadar menanam pokok untuk menghijaukan persekitaran.
Katanya, sudah sampai masanya NGO berusaha mencari langkah lain yang boleh mengurangkan masalah alam sekitar.
''Hasrat saya adalah menjadikan Malaysia sebagai 'pameran' di dunia terhadap usaha-usaha memelihara dan menjaga alam semula jadi.
''Oleh itu, saya menyeru supaya janganlah menganggap isu-isu ini perlu ditangani kerajaan sahaja, ia merupakan masalah bersama,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program 'Dana Veritas Untuk Kehebatan 100 Pokok' di Rumah Pengasih, Bukit Tunku di sini hari ini.
Hadir sama ialah Yang Dipertua, Persatuan Pengasih Malaysia, Mohd. Yunus Pathi Mohd.; Ketua Pegawai Eksekutif Veritas Design Group, David Mizan Hashim dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Anak Warisan Alam (YAWA), Adli Mohamad.
Sempena program itu, lebih 100 pokok daripada pelbagai jenis ditanam di sekitar kawasan Rumah Pengasih oleh kira-kira 300 kakitangan dan sukarelawan Veritas, YAWA dan warga Rumah Pengasih.
Veritas dengan kerjasama YAWA memilih Rumah Pengasih sebagai projek angkat penanaman pokok untuk memberi pendidikan dan kesedaran mencintai alam sekitar kepada peserta program dan warga Rumah Pengasih.
Sementara itu, Mohd. Yunus berkata, acara menanam pokok itu adalah seiring dengan inspirasi falsafah yang diamalkan dalam 'terapi kekeluargaan' di Rumah Pengasih.
''Ia bermaksud 'menunjang akar dan membesar' dengan makna tersirat yang dapat membina asas untuk warga Rumah Pengasih berkembang maju,'' katanya.
HABIS
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1214&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_20.htm#ixzz2cg58kKJa
© Utusan Melayu (M) Bhd
JEREBU : PUNCA, KESAN, AKIBAT, KRONOLOGI dan PENYELESAIAN
Pemandangan jerebu dari udara. Terukkan? |
APA
DIA JEREBU?
KRONOLOGI JEREBU DI ASIA TENGGARA
Jerebu merupakan satu masalah BESAR di Asia Tenggara akibat pembakaran hutan yang tidak terkawal. Akibat jerebu teruk pada September 1997, 7 anggota ASEAN telah menandatangani Perjanjian ASEAN mengenai Jerebu Merentas Sempadan (ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution) pada 2002.
Jerebu adalah satu fenomena
tradisi atmosfera di mana debu, habuk, asap dan lain-lain
zarah mencemar kejelasan langit. Kod panduan Organisasi
Meteorologi, Dunia ("World Meteorological Organization") termasuk
pengelasan pengaburan mendatar ke dalam kategori kabus, kabus ais, kabus wap,
kabus, jerebu, asap, abu gunung berapi, habuk , pasir dan salji. Ia
juga dianggap fenomena udara kering.
BAGAIMANA JEREBU BERLAKU?
Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap
berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah
atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah
pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut (sejenis pencemaran udara berat).
Jerebu juga terhasil daripada tindak balas kimia
yang kompleks yang berlaku seperti gas sulfur dioksida yang dikeluarkan semasa pembakaran ditukarkan
kepada titisan seni asid sulfurik. Reaksi ini dipertingkatkan dengan kehadiran
cahaya matahari, kelembapan tinggi, dan keheningan udara.
DARI MANA SUMBER JEREBU?
Sumber partikel jerebu termasuk pertanian (membajak dalam
cuaca kering), lalu lintas, industri dan kebakaran hutan, kebakaran gambut,
pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan.
BENTUK
JEREBU
Dilihat dari jauh (contohnya kapal terbang yang menghampiri)
dan bergantung pada arah penglihatan berbanding dengan kedudukan matahari,
jerebu mungkin kelihatan keperangan atau kebiruan, manakala kabus cenderung
kelihatan biru-kelabu. Manakala jerebu sering dianggap sebagai satu fenomena
udara kering, pembentukan kabus merupakan fenomena udara lembap. Walau
bagaimanapun, zarah jerebu boleh bertindak sebagai nukleus pemeluwapan untuk
pembentukan titisan kabus berikutnya; bentuk jerebu seperti itu dikenali sebagai
"jerebu basah."
PENCEMARAN UDARA
Indeks Pencemaran Udara
Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan
salah satu cara untuk mengetahui tahap teruknya jerebu. Ia melibatkan
pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida,
nitrogen dioksida dan ozon. Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU
adalah seperti berikut:
Nilai IPU
Kualiti udara
0
- 50
|
Baik
|
51
- 100
|
Sederhana
|
101 - 200
|
Tidak sihat
|
201 - 300
|
Sangat tidak sihat
|
301 - 400
|
Berbahaya
|
401 - 500
|
Sangat berbahaya
|
Lebih 501
|
Darurat
|
LAGI SEBAB DAN PUNCA JEREBU
Jerebu sering berlaku
apabila debu dan asap zarah berkumpul di udara yang agak kering. Apabila
keadaan cuaca menghalang penyebaran asap dan bahan cemar lain, ia memekat dan
membentuk tabir rendah yang biasanya tergantung rendah yang menjejaskan
penglihatan dan mungkin menjadi ancaman kesihatan pernafasan. Pencemaran
industri pula boleh menyebabkan jerebu tebal, yang dikenali sebagai asbut.
Sejak tahun 1991, jerebu telah
menjadi masalah yang meruncing di Asia Tenggara, kebakaran hutan di Indonesia
yang dibakar bagi membersihkan tanah menjadi punca. Sebagai tindak balas pada
jerebu 1997 di Asia Tenggara itu, negara-negara ASEAN bersetuju dengan Pelan
Tindakan Jerebu Serantau (1997). Pada tahun 2002, semua negara ASEAN kecuali
Indonesia menandatangani Perjanjian Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan , tetapi
pencemaran masih merupakan masalah pada hari ini. Di bawah perjanjian itu
sekretariat ASEAN menjadi tuan rumah penyelarasan dan unit sokongan.
MASALAH KESIHATAN AKIBAT JEREBU
Jerebu boleh menyebabkan
masalah kesihatan terutamanya kepada:
Antara gejala akibat pendedahan
kepada jerebu ialah:
- Iritasi kerongkong dan batuk-batuk
- Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat
- Iritasi di mata serta mata yang merah
- Kulit terasa gatal
Antara perkara yang boleh dilakukan
untuk mengelak masalah-masalah di atas ialah:
- Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap
- Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar
- Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal
- Sentiasa basuh bahagian yang terdedah; mandi
- Selalu minum air
- Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan
- Makan madu 2 sudu setiap hari, guna sudu plastik.
KESAN JEREBU
Jerebu menimbulkan isu dalam penggambaran bumi
("terrestrial photography"), di mana penembusan sejumlah besar
atmosfera tebal mungkin perlu bagi mengambil gambar subjek jarak jauh. Ini
menghasilkan kesan pandangan seperti kehilangan perbandingan
("kontras") pada subjek, akibat dari kesan penyelerakan cahaya
melalui partikal jerebu. Disebabkan ini, warna matahari terbit dan terbenam
kelihatan kelam pada hari berjerubu, dan bintang mungkin
kabur pada waktu malam. Dalam sesetengah kes, kemerosotan akibat jerebu amat
teruk sehinggakan pada waktu matahari terbenam, matahari hilang sama sekali
sebelum mencecah ufuk.
KRONOLOGI JEREBU DI ASIA TENGGARA
Jerebu merupakan satu masalah BESAR di Asia Tenggara akibat pembakaran hutan yang tidak terkawal. Akibat jerebu teruk pada September 1997, 7 anggota ASEAN telah menandatangani Perjanjian ASEAN mengenai Jerebu Merentas Sempadan (ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution) pada 2002.
| |
Pada Ogos 2005 ,
kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan menyebabkan keadaan jerebu
yang agak teruk di pantai barat Semenanjung Malaysia terutamanya di
sekitar Lembah Klang. Dua kawasan diisytiharkan darurat iaitu Kuala
Selangor dan Pelabuhan Klang setelah IPU di dua kawasan itu mencecah
lebih 500.
Pada 2006, masalah jerebu berulang lagi. Pada Jun 2013 jerebu
datang kembali seluruh Asia Tengara terutamanya di Singapura &
Malaysia. Di Malaysia, kawasan yang paling teruk terjejas adalah di Muar
dan Ledang yang terletak di Johor. IPU di kawasan tersebut mencecah sehingga 746 pada jam 7 pagi 23 Jun 2013 dan kawasan ini telah pun diisytihar darurat.
|
CARA-CARA MENGATASI JEREBU
Bahasa
Pulau Pinang tambah stok topeng jerebu
June 24, 2013
Kerajaan
Pulau Pinang akan meningkatkan stok topeng muka khususnya jenis N95 ekoran
krisis jerebu, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.Lim berkata beliau telah mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Farizan Darus dan Exco Alam sekitar, Phee Boon Poh untuk menambah stok topeng muka N95 meskipun keadaan jerebu di Pulau Pinang kini terkawal.
"Masalahnya, topeng muka perindustrian N95 kehabisan stok apabila diperlukan setelah Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai tahap berbahaya, Ini kerana Kerajaan Singapura proaktif dan membeli sehingga satu juta topeng muka N95 untuk diagihkan secara percuma kepada rakyatnya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Lim berkata beliau juga telah mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Phee untuk mengadakan mesyuarat bagi mengarahkan pegawai agar bersedia untuk melaksanakan garis panduan bagi menguruskan sebarang bencana jerebu yang boleh memberi kesan kepada Pulau Pinang.
Menurut Jabatan Alam Sekitar, bacaan IPU di Pulau Pinang terkawal dengan Perai mencatat bacaan 72, Seberang Jaya (79) dan Universiti Sains Malaysia (70).
Sementara itu, Di MUAR Pengerusi Bilik Gerakan Bencana Alam (Pencemaran dan Jerebu) Daerah, Abdul Rahman Mohamed Dewam berkata satu mesyuarat akan diadakan petang ini untuk mendapatkan pandangan termasuk dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai keadaan jerebu di daerah itu.
IPU di daerah Muar semakin baik iaitu 148 ng dicatat pada pukul 7 pagi, berbanding tahap berbahaya pada 746, pagi semalam sehingga diisytiharkan kawasan darurat. -- Bernama, 24 Jun, 2013
Langkah Mencegah Kesan Akibat Jerebu
Jerebu memberi kesan terhadap kesihatan seseorang terutama kepada golongan tertentu yang berisiko tinggi iaitu :
- Kanak-kanak.
- Orang tua.
- Perokok.
- Mereka yang sentiasa bekerja di luar rumah.
Golongan berpenyakit seperti :
- Asma.
- Bronkitis.
- Radang paru-paru.
- Penyakit paru-paru yang kronik.
- Penyakit jantung.
- Alahan.
Kesan-kesan yang akan di alami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah :
- Gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk.
- Sukar bernafas atau sesak nafas.
- Mata pedih dan berair.
- Hidung berair dan kerap bersin.
- Kulit badan terasa gatal-gatal.
- Sakit-sakit dada.
Justeru, langkah pencegahan perlu di ambil apabila terdapat tanda-tanda tersebut bagi mengelak diserang penyakit yang boleh membawa maut.
Di antara langkah-langkah pencegahan tersebut ialah :
- Mereka yang mengalami penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
- Mereka yang berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
- Penutup hidung (topeng muka) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan kumpulan berisiko tinggi.
- Orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah. Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah. Pakai topeng muka jika ingin keluar dari rumah.
- Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
- Gunakan alat penghawa dingin dalam kenderaan ketika sedang memandu.
- Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
- Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat (iaitu IPU yang melebihi 100).
- Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.
Saturday, 17 August 2013
Maksud Alam Semulajadi..
Alam semula jadi merangkumi segala jirim hidup dan jirim bukan
hidup yang berada
secara semula jadi di bumi.
Dalam pengertian yang paling tulen, ia adalah persekitaran yang tanpa kegiatan manusia.
Lawannya perkataan "alam semulajadi" ialah "persekitaran
terbina".
Bagi sebahagian orang,
terdapat kesulitan terhadap istilah "alam semulajadi" kerana
kebanyakan persekitaran semula jadi mempunyai pengaruh manusia pada satu masa
atau lain, baik secara langsung atau tidak. Bagi mengatasi masalah ini, sedikit
sebanyak pengaruh manusia diizin tanpa menyebabkan sesuatu landskap dikecualikan daripada status
"semula jadi". Biasanyan, maksud istilah ini tergantung kepada
konteksnya lebih daripada definisi yang ditentukan. Banyak persekitaran alam
semula adalah hasil daripada interaksi di antara alam semula jadi dan manusia.
Oleh sebab alasan ini, istilah "ekosistem"
telah digunakan untuk menggambarkan persekitaran yang mengandungi alam semula
jadi, termasuknya manusia. Berdasar ini, masalah persekitaran adalah masalah
manusia atau sosial. Ada sebilangan orang menganggap bahawa pengasingan
"persekitaran" daripada "manusia" amat berbahaya. Ini
merupakan pemahaman umum yang telah menjadi dasar environmentalisme,
yakni pergerakan politik, sosial dan falsafah yang luas dan yang menyokong pelbagai
tindakan dan dasar untuk melindungi apa-apa alam semula jadi yang tinggal, atau
mengembalikan serta mengembangkan peranan alam semula jadi di persekitaran ini.
Sungguhpun tanah gersang semakin jarang, alam liar (umpamanya,
hutan yang tidak dikendali, padang rumput yang tidak dikerjakan, binatang liar dan bunga liar)
dapat ditemui di banyak tempat yang dahulu dihuni manusia.
Matlamat yang biasanya dinyatakan oleh ahli kaji
persekitaran termasuk:
·
pengurangan dan pembersihan pencemaran buatan
manusia dengan matlamat pencemaran sifar pada masa hadapan;
·
pengurangan penggunaan bahan api yang tidak boleh baharu dan
pembangunan alternatif yang terdiri daripada tumbuh-tumbuhan, bahan yang berkarbon rendah
atau sumber tenaga yang boleh baharu;
·
perlindungan ekosistem wakilan, unik ataupun asli;
·
pemeliharaan dan pengembangan spesies terancam atau ekosistem dari kepupusan;
·
penubuhan rizab alam semula jadi dan biosfera di bawah pelbagai jenis perlindungan;
dan
·
pada paling umumnya, perlindungan biodiversiti dan
ekosistem yang diperlu oleh semua manusia dan hidupan yang lain di bumi ini.
Baru-baru ini, terdapat
rasa bimbang yang sungguh mendalam tentang pertukaran iklim yang disebabkan oleh pelepasan
antroprogenik gasrumah tanaman,
terutamanya karbon dioksida, dan interaksinya dengan
penggunaan manusia dan alam semula jadi. Usaha-usaha telah ditumpukan terhadap
pengurangan gas rumah tanaman yang menyebabkan pertukaran iklim (iaitu, melalui
"Konvensyen Pertukaran Iklim" dan "Protokol Kyoto") dan
penciptaan strategi penyesuaian bagi membantu spesies,
ekosistem, manusia, negara dan wilayah untuk menyesuaikan diri dengan
pertukaran-pertukaran iklim.
Subscribe to:
Posts (Atom)