Jerebu memberi kesan terhadap kesihatan seseorang terutama kepada golongan tertentu yang berisiko tinggi iaitu :
- Kanak-kanak.
 - Orang tua.
 - Perokok.
 - Mereka yang sentiasa bekerja di luar rumah.
 
Golongan berpenyakit seperti :
- Asma.
 - Bronkitis.
 - Radang paru-paru.
 - Penyakit paru-paru yang kronik.
 - Penyakit jantung.
 - Alahan.
 
Kesan-kesan yang akan di alami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah :
- Gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk.
 - Sukar bernafas atau sesak nafas.
 - Mata pedih dan berair.
 - Hidung berair dan kerap bersin.
 - Kulit badan terasa gatal-gatal.
 - Sakit-sakit dada.
 
Justeru, langkah pencegahan perlu di ambil apabila terdapat tanda-tanda tersebut bagi mengelak diserang penyakit yang boleh membawa maut.
Di antara langkah-langkah pencegahan tersebut ialah :
- Mereka yang mengalami penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
 
- Mereka yang berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
 
- Penutup hidung (topeng muka) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan kumpulan berisiko tinggi.
 
- Orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah. Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah. Pakai topeng muka jika ingin keluar dari rumah.
 
- Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
 
- Gunakan alat penghawa dingin dalam kenderaan ketika sedang memandu.
 
- Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
 
- Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat (iaitu IPU yang melebihi 100).
 
- Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.
 

No comments:
Post a Comment