Muar, Ledang darurat
Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak, semalam mengisytiharkan darurat bencana jerebu bagi seluruh
daerah Muar dan Ledang di Johor hingga ditarik balik.
Beliau berkata, ia susulan keadaan jerebu yang semakin teruk
khususnya di Muar meliputi dua daerah yang berada pada tahap Indeks
Pencemaran Udara (IPU) melebihi 500 iaitu pada tahap kecemasan atau
‘emergency’.“Bagaimanapun, semua kementerian dan agensi terbabit dalam pengurusan jerebu hendaklah mengatur dan mengambil langkah perlu bagi menjamin keselamatan dan kesihatan awam sentiasa terpelihara,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
KEADAAN di Muar pada waktu pagi, semalam.
IPU di Muar, kawasan yang diisytihar darurat pagi semalam menunjukkan penurunan dengan bacaan 507 mata setakat jam 5 petang semalam berbanding bacaan 746 mata yang direkodkan pada jam 7 pagi
No comments:
Post a Comment