DEFINISI
Menurut Wark dan Warner(1901)pencemaran udara sebagai kehadiran satu atau lebih bahan pencemar atau gabungannya didalam atmosfera dalam kuantiti tertentu pada suatu jangka waktu yang boleh menyebabkan darurat kepada kehidupan manusia,haiwan atau menganggu suasana kehidupan.
Menurut Wikipedia Bahasa melayu,pencemaran udara ialah pelepasan bahan kimia berbahaya ke dalam atmosfera.
JENIS BAHAN PENCEMAR
Sulfur dioksida,karbon monoksida,nitrogen dioksida dan ozon,allergen dan plumbum dan logam-logam lain.
JENIS PENCEMARAN UDARA
Pencemaran udara primerSatu penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat daripada proses pembakaran yang tidak lengkap.Proses ini menyebabkan zarah-zarah yang halus akan terampai-ampai di udara dan member kesan negative kepada kesihatan manusia.Kebiasaan pencemaran ini dibebaskan melalui ekzos kenderaan,kawasan industry dan penggunaan dapur arang atau kayu.
Pencemaran udara sekunder
Satu tindakbalas sulfur dioksida yang bergabung dan terus membentuk bersama gas-gas yang tidak diperlukan oleh benda hidup.Sulfur dioksida memerlukan gas seperti karbon monoksida dan sulfur monoksida untuk membentuk gas-gas lain.Contohnya gabungan sulfur dioksida,sulfur monoksida dan wap air akan menghasilkan asid sulfuric.Tindakbalas antara pencemar primer dengan gas terampai di atmosfera akan menghasilkan peroksid asetil nirat (PAN).
PUNCA PENCEMARAN UDARA
Pencemaran 
udara boleh berpunca daripada pelepasan asap kenderaan,penghasilan bahan
 pencemaran oleh kilang asbestos,simen atau bateri kereta.Selain 
itu,pembakaran di tempat pelupusan,pembakaran terbuka di Bandar dan 
pembakaran hutan yang berleluasa juga boleh menyebabkan pencemaran udara
 berlaku.Bahan-bahan seperti sampah sarap,sisa makanan dan sebagainya 
juga dapat mendorong berlakunya pencemaran udara melalui 
aktiviti-aktiviti manusia seperti pembakaran sampah.Ada sesetengah 
masyarakat yang masih menggunakan kaedah memasak cara lama iaitu 
penggunaan arang atau kayu untuk memasak juga mendorong berlaku 
pencemaran tersebut.Pencemaran tersebut juga boleh berpunca dari 
sumber-sumber semulajadi seperti gunung berapi,pembakaran sisa-sisa kayu
 atau jerami-jerami padi secara berleluasa.Namun demikian,bahan pencemar
 udara juga boleh terhasil menerusi kegiatan di kawasan pendalaman 
seperti penyemburan racun makhluk perosak,perlombongan yang menghasilkan
 habuk atau amalan pertanian seperti pendebungaan dan penyemburan baja 
secara penyerakan habuk atau debu akibat tiupan angina,letusan gunung 
berapi,tiupan wap air oleh ombak dan sebagainya.
KESAN PENCEMARAN UDARA
KESIHATAN MANUSIA
Kesan utama kepada kesihatan manusia adalah system pernafasan.Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni system pengangkutan oksigen dalam darah akan melambatkan tindakbalas manusia sehingga menyebabkan mengantuk,penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru.Bahan tercemar seperti nitrogen oksida akan menyebabkan edema dan pendarahan pulmonary.Contoh bahan tersebut ialah gas ozon,ia boleh menimbulkan inflamasi pada paru-paru.Manakala habuk,asap,kabus,wap ataubahan-bahan lain juga akan menjejaskan mata dan penglihatan manusia.Hasil kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO)menyatakan sebanyak tiga juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara.Ini menunjukkan,ia adalah tiga kali lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan kemalangan kenderaan di jalan raya.
TUMBUHAN
Selain itu,kesan kepada 
tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan seperti nerosis iaitu 
keguguran daun,klorosis iaitu pertukaran warna dan pertumbuhan 
terbantut.kesan ini akan menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan 
ekonomi sebahagian penduduk juga akan mengalami masalah.
HAIWAN
Manakala kesan pada haiwan 
ialah,haiwan tersebut akan terancam atau mati akibat dari pencemaran 
udara.Hal ini terjadi disebabkan dari udara yang memasuki ke dalam 
paru-paru haiwan melalui pemakanan haiwan tersebut dari sumber tumbuhan 
yang tercemar akibat daripada pencemaran udara.
BAHAN
Kesan kepada bahan juga adalah 
kerosakan yang berlaku akibat daripada pencemaran udara seperti 
kekotoran pada pakaian,pencemaran pada permukaan dinding bangunan dan 
sebagainya.Hal ini disebabkan akibat daripada pengenapan asap atau zarah
 halus.Selain itu,hakisan logam juga merupakan kesan daripada pencemaran
 udara akibat kehadiran sulfur dioksida didalam udara.
PENYUSUTAN LAPISAN OZON
Pencemaran 
udara akan menyebabkan berlaku pemanasan global akibat penyusutan 
lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya 
matahari.Pendedahan terus oleh cahaya matahari boleh menyebabkan 
penyakit kansere kulit.Selain itu,pancaran matahari yang terik juga 
boleh menyebabkan berlakunya pencairan ais yang terletak di bahagian 
kutub bumi sehihgga menyebabkan berlaku ketidakseimbangan ekosistem di 
dunia pada masa kini.
HUJAN ASID
Pencemaran udara juga boleh
 menyebabkan berlakunya Hujan asid.Hal ini disebabkan oleh penggabungan 
gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan dan kemudiannya
 menjadi asid sulfuric dan asid nitric.Asid tersebut akan terkumpul di 
dalam awan kemudiannya bergerak ke tempat-tempat lain.Asid tersebut akan
 turun bersama-sama dengan hujan dan terus menimpa pada permukaan 
hidupan yang terdapat di dunia.Akibat daripada itu,ia akan membunuh 
tumbuhan dan juga hidupan air.Selain itu,ia boleh menghakis 
pakaian,kertas dan bahan binaan bangunan.Air hujan tersebut juga akan 
meresap ke dalam tanah sehingga menyebabkan kaliti tanah berkurangan dan
 menjadikan tanah tersebut tidak subur dan megalami kerosakan struktur 
tanah.
KESAN RUMAH HIJAU DAN PEMANASAN GLOBAL
Kesan
 yang paling ketara yang sedang hangat dibincangkan oleh masyarakat 
ialah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah 
hijau.Pemanasan global berpunca daripada kenaikan suhu bumi dan 
penipisan lapisan ozon yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia.Kenaikan 
suhu bumi ini disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida dan 
terkumpul di dalam udara.Gas karbon dioksida yang terlalu banyak 
menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat 
dan persekitarannya menjadi panas.Kesan ini akan menyebabkan,permukaan 
bumi menjadi panas,ekosistem terganggu,banjir aksn berlaku secara kerap 
dan kejadian alam yang tidak normal akan berlaku
ATMOSFERA
Pencemaran udara juga dapat 
member kesan terhadap atmosfera.Hal ini menyebabkan jarak penglihatan 
manusia terjejas yang disebabkan oleh jerebu.Keadaan persekitaran yang 
berjerebu akan menyebabkan kemalangan mudah berlaku
No comments:
Post a Comment