MOTHERNATURE (ALAMSEMULAJADI)

Wednesday, 21 August 2013

JEREBU : PUNCA, KESAN, AKIBAT, KRONOLOGI dan PENYELESAIAN

http://ieta-myblog.blogspot.com/2013/06/jerebu-punca-kesan-akibat-kronologi-dan.html
Pemandangan jerebu dari udara. Terukkan?
APA DIA JEREBU?
Jerebu adalah satu fenomena tradisi atmosfera di mana debu, habuk, asap dan lain-lain zarah mencemar kejelasan langit. Kod panduan Organisasi Meteorologi, Dunia ("World Meteorological Organization") termasuk pengelasan pengaburan mendatar ke dalam kategori kabus, kabus ais, kabus wap, kabus, jerebu, asap, abu gunung berapi, habuk , pasir dan salji.  Ia juga dianggap fenomena udara kering.
BAGAIMANA JEREBU BERLAKU?
Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut (sejenis pencemaran udara berat). 
Jerebu juga terhasil daripada tindak balas kimia yang kompleks yang berlaku seperti gas sulfur dioksida yang dikeluarkan semasa pembakaran ditukarkan kepada titisan seni asid sulfurik. Reaksi ini dipertingkatkan dengan kehadiran cahaya matahari, kelembapan tinggi, dan keheningan udara.
DARI MANA SUMBER JEREBU?
Sumber partikel jerebu termasuk pertanian (membajak dalam cuaca kering), lalu lintas, industri dan kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan. 
BENTUK JEREBU
Dilihat dari jauh (contohnya kapal terbang yang menghampiri) dan bergantung pada arah penglihatan berbanding dengan kedudukan matahari, jerebu mungkin kelihatan keperangan atau kebiruan, manakala kabus cenderung kelihatan biru-kelabu. Manakala jerebu sering dianggap sebagai satu fenomena udara kering, pembentukan kabus merupakan fenomena udara lembap. Walau bagaimanapun, zarah jerebu boleh bertindak sebagai nukleus pemeluwapan untuk pembentukan titisan kabus berikutnya; bentuk jerebu seperti itu dikenali sebagai "jerebu basah."
PENCEMARAN UDARA
Indeks Pencemaran Udara
Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk mengetahui tahap teruknya jerebu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah seperti berikut:
Nilai IPU        Kualiti udara
0 - 50
Baik
51 - 100
Sederhana
101 - 200
Tidak sihat
201 - 300
Sangat tidak sihat
301 - 400
Berbahaya
401 - 500
Sangat berbahaya
Lebih 501
Darurat
LAGI SEBAB DAN PUNCA JEREBU
Jerebu sering berlaku apabila debu dan asap zarah berkumpul di udara yang agak kering. Apabila keadaan cuaca menghalang penyebaran asap dan bahan cemar lain, ia memekat dan membentuk tabir rendah yang biasanya tergantung rendah yang menjejaskan penglihatan dan mungkin menjadi ancaman kesihatan pernafasan. Pencemaran industri pula boleh menyebabkan jerebu tebal, yang dikenali sebagai asbut.
Sejak tahun 1991, jerebu telah menjadi masalah yang meruncing di Asia Tenggara, kebakaran hutan di Indonesia yang dibakar bagi membersihkan tanah menjadi punca. Sebagai tindak balas pada jerebu 1997 di Asia Tenggara itu, negara-negara ASEAN bersetuju dengan Pelan Tindakan Jerebu Serantau (1997). Pada tahun 2002, semua negara ASEAN kecuali Indonesia menandatangani Perjanjian Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan , tetapi pencemaran masih merupakan masalah pada hari ini. Di bawah perjanjian itu sekretariat ASEAN menjadi tuan rumah penyelarasan dan unit sokongan. 
MASALAH KESIHATAN AKIBAT JEREBU
Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan terutamanya kepada:
  • Kanak-kanak
  • Orang tua
  • Pesakit lelah dan penyakit pernafasan lain
  • Perokok
Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu ialah:
  • Iritasi kerongkong dan batuk-batuk
  • Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat
  • Iritasi di mata serta mata yang merah
  • Kulit terasa gatal
Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah di atas ialah:
  • Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap
  • Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar
  • Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal
  • Sentiasa basuh bahagian yang terdedah; mandi
  • Selalu minum air
  • Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan
  • Makan madu 2 sudu setiap hari, guna sudu plastik.
KESAN JEREBU
Jerebu menimbulkan isu dalam penggambaran bumi ("terrestrial photography"), di mana penembusan sejumlah besar atmosfera tebal mungkin perlu bagi mengambil gambar subjek jarak jauh. Ini menghasilkan kesan pandangan seperti kehilangan perbandingan ("kontras") pada subjek, akibat dari kesan penyelerakan cahaya melalui partikal jerebu. Disebabkan ini, warna matahari terbit dan terbenam kelihatan kelam pada hari berjerubu, dan bintang mungkin kabur pada waktu malam. Dalam sesetengah kes, kemerosotan akibat jerebu amat teruk sehinggakan pada waktu matahari terbenam, matahari hilang sama sekali sebelum mencecah ufuk. 

KRONOLOGI JEREBU DI ASIA TENGGARA


Jerebu merupakan satu masalah BESAR di Asia Tenggara akibat pembakaran hutan yang tidak terkawal. Akibat jerebu teruk pada September 1997, 7 anggota ASEAN telah menandatangani Perjanjian ASEAN mengenai Jerebu Merentas Sempadan (ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution) pada 2002.

Laut kuning ketika jerebu http://ieta-myblog.blogspot.com/2013/06/jerebu-punca-kesan-akibat-kronologi-dan.html


Perbatasan angin sejuk, dikaitkan dengan asbut, di Laut Kuning. Perbatasan angin sejuk, ketika bergerak ke selatan, menyerap asbut dari timur China membentuk "perbatasan asbut"

Pada Ogos 2005 , kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan menyebabkan keadaan jerebu yang agak teruk di pantai barat Semenanjung Malaysia terutamanya di sekitar Lembah Klang. Dua kawasan diisytiharkan darurat iaitu Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang setelah IPU di dua kawasan itu mencecah lebih 500.
Pada 2006, masalah jerebu berulang lagi. Pada Jun 2013 jerebu datang kembali seluruh Asia Tengara terutamanya di Singapura & Malaysia. Di Malaysia, kawasan yang paling teruk terjejas adalah di Muar dan Ledang yang terletak di Johor. IPU di kawasan tersebut mencecah sehingga 746 pada jam 7 pagi 23 Jun 2013 dan kawasan ini telah pun diisytihar darurat. 
Bagi kawasan - kawasan lain, IPU juga mencatatkan peningkatan yang tinggi. Di Kuala Lumpur dan Selangor, sekolah - sekolah telah diarah tutup pada 24 Jun 2013 bagi mengelakkan kesan kesihatan yang teruk kepada para pelajar.
http://ieta-myblog.blogspot.com/2013/06/jerebu-punca-kesan-akibat-kronologi-dan.html



http://ieta-myblog.blogspot.com/2013/06/jerebu-punca-kesan-akibat-kronologi-dan.html

No comments:

Post a Comment